KUALA LANGAT: Bapa pelajar tingkatan tiga yang ditikam sehingga 16 kali dekat sebuah sekolah menengah di Banting, di sini, mendakwa tiada makluman atau panggilan diterima daripada keluarga suspek yang menikam anaknya itu.
Mohd. Firuz Ibrahim, 43, berkata, bagaimanapun dia bersedia bertemu dengan keluarga rakan anaknya itu berhubung kes berkenaan, namun belum sedia menerima permohonan maaf.
“Permohonan maaf, bergantung kepada keadaan semasa (perkembangan anak). Setakat ini saya tidak menerima sebarang panggilan daripada keluarga suspek.
Kalau ada keluarga yang menghubungi dan mahu memohon maaf, itu payah hendak cerita, kena tengok keadaan dahulu,” katanya ketika ditemui di Hospital Banting, di sini, hari ni.
Malah, dia melahirkan rasa sedih terhadap kejadian yang menimpa terhadap anak keduanya itu selain menyifatkan insiden itu sebagai sangat menyayat hati dan keterlaluan untuk dihadapi oleh seorang yang masih belasan tahun serta bersekolah.
Kalau luka sedikit pun sudah sakit, ini pula luka akibat tikaman sebegitu. Memang saya sedih sangat melihat keadaan anak. Namun, perkara itu sudah berlaku, kita kena terima dengan reda,” luahnya.
Semalam, anak kedua daripada tiga beradik itu ditikam antara 14 hingga 16 kali dekat bahagian muka dan badan belakang sehingga menembusi paru-parunya dalam satu kejadian menggemparkan di tempatnya bersekolah.
Bagaimanapun, mangsa seorang perempuan berusia 15 tahun yang disahkan oleh peguam menghidap masalah autisme itu diperintah menjalani tahanan reman selama empat hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan polis.
Dalam pada itu, Mohd. Firuz menegaskan anaknya bukan seorang pembuli atau terlibat dengan isu buli seperti dakwaan yang tular dalam media sosial.
“Ada juga dengar cerita, termasuk yang dihantar melalui Whatsapp iaitu senarai nama ada 10 orang dan nama anak saya turut terselit. Tetapi tak tahu motifnya dan kita sendiri tak dapat kepastian atau tak tahu situasi sebenar.
“Surat yang tular pun tak diyakini ditulis oleh rakannya (suspek). Biarlah polis yang membuat siasatan untuk mengetahui perkara sebenar.
Ada juga dengar cerita, hantar melalui WhatsApp senarai nama, tetapi kita sendiri tidak mendapat kepastian dan tidak tahu perkara sebenar. Hendak cakap lebih pun, biarlah polis yang menjalankan siasatan.
“Kalau dilihat daripada 10 nama itu, memang ada terselit nama anak saya. Tetapi kita tidak tahu apa motifnya.
“Surat yang tular itu pun tidak diyakini ditulis oleh budak itu (suspek) atau orang lain. Biarlah polis buat kerja mereka untuk mengenal pasti perkara sebenar,” jelasnya.
Tambah, pemandu lori itu, dia berharap supaya tindakan sewajarnya diambil dan menyeru semua pihak termasuk pengurusan sekolah bersikap proaktif dalam aspek keselamatan.
“Ambi tindakan sewajarnya apatah lagi di sekolah kerana ia penting. Apa-apa perlu tapisan di pintu masuk sebelum berjumpa guru dan pelajar. Saya juga harap anak saya mendapat keadilan sewajarnya,” tegasnya. – UTUSAN










