Guna semua saluran diplomatik desak aktivis dibebaskan - Syed Saddiq 

Guna semua saluran diplomatik desak aktivis dibebaskan – Syed Saddiq 

SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia digesa mengunakan segala saluran diplomatik termasuk peranan Pengerusi ASEAN bagi mendesak rejim Israel membebaskan semua aktivis dan sukarelawan yang ditahan secara haram dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF). 

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, saluran itu termasuk Malaysia sebagai ahli Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta menerima kehadiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 nanti.  

“Daripada kita saling menyerang, lebih baik kita menumpukan perhatian dunia kepada penindas sebenar yang telah menculik aktivis kemanusiaan yang cuba menghantar makanan dan bantuan kepada mangsa kebuluran akibat genosid di Palestin.

“Mari kita suarakan di tempat yang benar-benar membawa kesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, seramai 12 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi GSF ditahan tentera Israel setakat ini, dengan dua rakyat negara ini iaitu Farah Lee dan Danish Nazram merupakan individu terbaharu sudah ditahan Israel.

Lapan delegasi Malaysia lain telah ditahan Israel adalah Pelakon Zizi Kirana yang menaiki kapal Huga, manakala Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khairudin dan Rusydi Ramli daripada kapal Sirius.

Selain itu, Iylia Balqis, Musa Nuwayri dan Sul Aidil daripada kapal Alma.

Semua kapal itu sebelum ini dipintas dipintas dan dinaiki tentera Israel di perairan antarabangsa dalam usaha GSF untuk memasuki Gaza melalui laluan sah.

Semalam, GSF telah memasuki zon merah yang merupakan laluan ke Gaza dan mereka dijadual tiba petang ini – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN