PETALING JAYA: Malaysia perlu menggunakan saluran diplomatik termasuk menerusi sekutu kuat Israel seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK), Perancis dan Jerman, bagi membebaskan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) yang kini ditahan rejim Zionis. Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, tekanan antarabangsa ke atas Israel perlu digerakkan secara strategik dengan bantuan kuasa-kuasa besar dunia yang mempunyai pengaruh terhadap Israel. “Malaysia mampu menggunakan saluran diplomatik yang ada dengan negara-negara…