Elak guna sindiket nikah di Thailand

Elak guna sindiket nikah di Thailand

ABDUL AZIZ CHE MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Rak­yat Malaysia yang mahu bernikah atau berpoligami di selatan Thailand diingatkan supaya tidak menggunakan khidmat sindiket kerana dibimbangi menggunakan dokumen palsu.

Ia sekali gus menyebabkan mereka berdepan kesukaran untuk mendaftarkan perkahwinan sebaik pulang ke tanah air

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Pattani, Abdul Rahman Daud berkata, pihak tidak bertanggungjawab dikesan memalsukan sijil nikah yang kononnya dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama yang sah di sekitar wilayah ini.

“Ada banyak sindiket yang mencari makan mengenakan ba­yaran tinggi berban­ding yang dikenakan oleh pihak kami. Kami hanya mengenakan bayaran antara 4,000 baht (RM511.82) hingga 5,000 baht (RM639.78) untuk upah pernikahan.

“Rakyat Malaysia yang berkahwin di sini tidak perlu bimbang kerana kami menyerahkan nama-nama jurunikah ber­tauliah kepada Jabatan Kemajian Islam Malaysia (Jakim) serta pejabat agama di negeri tertentu untuk semakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Abdul Rahman berkata, pihaknya melantik 10 jurunikah yang ditauliahkan menjadi wali hakim untuk melaksanakan pernikahan yang hanya dilakukan di pejabat agama.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Wilayah Narathiwat (MAIWN), Abdul Aziz Che Mamat turut menasihatkan rakyat Malaysia supaya tidak menggunakan khid­mat ejen untuk bernikah.

Katanya, MAIWN mempu­nyai 30 jurunikah bertauliah di tiga pejabat agama di daerah ia­itu di bandar Narathiwat, Sungai Golok dan Rueso.

“Akad nikah hanya di pejabat agama ini. Walaupun peraturan ketat, MAIWN tetap memudahkan perkahwinan. Sijil nikah yang dikeluarkan pihaknya mempunyai bukti berupa gambar ketika pernikahan, terma­suk wajah jurunikah, saksi dan pasangan.

“Kalau gambar salah seorang tiada dalam sijil nikah bermakna pasangan itu bernikah de­ngan pihak lain, bukan dengan jurunikah yang sah,” katanya.

Pada 7 Ogos lalu, akhbar ini melaporkan, semua ejen perkhid­matan pernikahan di selatan Thailand kini dilarang membantu pasangan pengantin dalam urusan mendapatkan pengesahan perkahwinan di Kaunter Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN