Dua pelancong China dikhuatiri hilang di Pulau Mantanani

Dua pelancong China dikhuatiri hilang di Pulau Mantanani

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kedua-dua manga warga China sedang dijalankan. GAMBAR/ IHSAN JBPM SABAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD:Dua pelancong warga China dilaporkan hilang di Pulau Mantanani, dekat sini, sejak semalam selepas mereka gagal mendaftar keluar dari penginapan.

Mangsa masing-masing seorang lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 28 tahun disedari hilang apabila kakitangan penginapan mendapati bilik mereka masih dihuni, dengan semua barangan peribadi masih berada di dalamnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.25 pagi sebelum sepasukan 20 anggota bersama jentera digerakkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi, kita dimaklumkan bahawa kedua-dua mangsa telah daftar masuk ke penginapan berkenaan kelmarin dan sepatutnya daftar keluar semalam.

“Namun, mereka tidak berbuat demikian dan barangan peribadi mangsa masih berada di dalam bilik,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) menggunakan kaedah pencarian di permukaan air atau water surface search.

“Setakat ini, kedua-dua mangsa masih belum ditemukan dan operasi akan disambung esok,” katanya.

Pulau Mantanani yang terletak kira-kira 80 kilometer dari Kota Kinabalu merupakan antara destinasi pelancongan popular di Sabah, terkenal dengan keindahan pantai dan aktiviti selam skuba.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN