Nelayan juga mahu inisiatif Budi

Nelayan juga mahu inisiatif Budi

GOLONGAN nelayan berharap kerajaan dapat memperkenalkan inisiatif Budi nelayan bagi membantu menampung keperluan operasi semasa mereka. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Golongan nelayan mahu kerajaan memperkenalkan inisiatif Bantuan Subsidi Madani (Budi) khusus untuk mereka bagi membolehkan pembe­lian petrol pada kadar RM1.99 seliter sekali gus mengatasi masalah kekurangan bahan api ketika menjalankan aktiviti menangkap ikan.

Ketika ini, nelayan berdaftar di Malaysia menikmati harga petrol bersubsidi sebanyak RM1.65 seliter dengan kuota maksimum 50 liter sehari.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Kuala Perlis, Asri Jab berkata, keba­nyakan nelayan mengeluh berikutan penggunaan bahan api diperlukan sekitar 300 hingga 400 liter sehari.

Katanya, inisiatif Budi nelayan membolehkan mereka membeli tambahan petrol.

“Nelayan-nelayan moden terdiri daripada golongan muda yang sememangnya bergerak laju, malah mereka juga menggunakan petrol antara 300 hingga 400 liter sehari untuk mencari hasil di sempadan antarabangsa sekitar Indonesia dan Thailand terma­suk Pulau Pinang serta Perak untuk menangkap ikan gred A.

“Selain menjimatkan kos, inisiatif Budi nelayan juga dapat mengawal harga ikan khususnya bagi gred A,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Katanya, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) perlu mengeluarkan surat kebenaran bagi memudahkan nelayan membeli petrol tambahan.

Nelayan tempatan, Ramli Hamad, 49, berkata, subsidi 50 liter hanya mencukupi untuk nelayan bot kecil pesisir pantai , namun tidak memadai bagi nelayan bot pukat yang perlu belayar lebih jauh.

“Bagi nelayan bot pukat seperti pukat ikan kembung, mereka perlu berlayar lebih jauh dan memerlukan tambahan minyak melebihi 200 hingga 300 liter,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN