COC Laut China Selatan ujian kesatuan blok ASEAN

COC Laut China Selatan ujian kesatuan blok ASEAN

SYED HAMID ALBAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rundingan draf Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan memerlukan konsensus negara ASEAN yang kini mempunyai pendirian berbeza terhadap kawasan yang menjadi pertikaian itu.

Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 perlu memainkan peranan dengan mencari jalan penyelesaian bagi menyatukan pendirian negara-negara anggota berhubung draf Kod Tatalaku (COC) Laut China Selatan.

Katanya, ASEAN perlu menyatakan pendirian sebagai sebuah blok yang kuat bagi memastikan COC menjadi sebuah perjanjian yang konkrit 

“Negara-negara ASEAN tidak mempunyai pendirian yang sama mengenai bentuk COC ini. Ada yang mahu ia menjadi perjanjian yang mengikat secara undang-undang manakala ada yang hanya mahu persetujuan politik yang tidak mengikat.

“Perbezaan daripada segi strategi, geopolitik dan hubungan dua hala dengan China turut menjadi faktor yang menyukarkan rundingan ini mencapai keputusan muktamad,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Media sebelum ini melaporkan, Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025 akan memberi tumpuan kepada rundingan draf COC Laut China Selatan sebagai satu kod tatacara bagi mengelakkan konflik dan ketegangan di Laut China Selatan.

Syed Hamid berkata, Malaysia perlu menggunakan pengaruh sebagai Pengerusi ASEAN untuk menyatukan pandangan negara anggota sekali gus memudahkan proses rundingan dengan China.

“Cabaran utama kita adalah bagaimana untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan negara anggota bagi memudahkan rundingan dan mencapai persetujuan bersama dengan China,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN