Calon SPM diingat jaga kesihatan elak jangkitan influenza

Calon SPM diingat jaga kesihatan elak jangkitan influenza

MOHAMAD DZIAUDDIN MAT SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Calon Sijil Pelajaran Malaysia disarankan untuk menjaga kesihatan mereka termasuk mengelakkan berada di tempat terbuka mereka ketika negara dilanda penularan influenza.

Pengarah Pendidikan Pulau  Pinang, Mohamad Dziauddin Mat Saad berkata, langkah itu amat penting memandangkan peperiksaan itu berlangsung tidak lama lagi.

“Pelajar kena beringat untuk mengelakkan jangkitan yang mungkin boleh menjejaskan persediaan ke sekolah kerana SPM tak sampai sebulan. Kita nak pelajar bersedia secukupnya dalam SPM nanti, Insya-Allah,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Sanjungan Budi Persaraan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul, Zaharah Abdullah di sini semalam.

Mohamad Dziauddin berkata, ibu bapa perlu menggunakan sepenuhnya cuti sekolah sempena Deepavali ini untuk memantau tahap kesihatan anak mereka termasuk daripada virus inluenza.

Katanya, mereka digalakkan untuk membuat saringan awal jika anak-anak mereka didapati mempunyai simptom influenza sebelum sekolah dibuka.

Beliau berkata, penggunaan pelitup muka amat digalakkan dalam kalangan pelajar di tempat terbuka.

Katanya, setakat ini, belum ada sekolah di Pulau Pinang terlibat dengan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) susulan penularan influenza.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN