PRN Johor hantar 'isyarat amaran' buat PH

PRN Johor hantar ‘isyarat amaran’ buat PH

ISKANDAR HASSAN TAN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dilihat sebagai ‘isyarat amaran’ kepada gabungan itu apabila sebahagian pengundi mula mengalihkan sokongan kepada mereka.

Pengalisis politik Dr. Iskandar Hassan Tan Abdullah berkata, tindakan itu susulan kekecewaan terhadap pelaksanaan reformasi dan isu kos sara hidup sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat.

“Kekalahan PH dalam PRN Johor adalah merupakan ‘wake-up call’ untuk PH dalam memperbaiki reformasi yang dijanjikan kepada rakyat terutama dalam soal penstrukturan sosioekonomi dan ketelusan pentadbiran negara.

“Sebahagian pengundi atas pagar yang menyokong PH pada PRU15 percaya janji kepimpinan PH mampu mengurangkan tekanan kos sara hidup dan memperbaiki kehidupan mereka,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Iskandar Hassan memberitahu, selepas PH menjadi sebahagian daripada Kerajaan Perpaduan, masih terdapat janji yang belum direalisasikan, khususnya membabitkan golongan M40 yang terus berdepan tekanan akibat kenaikan harga barangan.

Katanya, selain isu kos sara hidup, terdapat juga penyokong serta pengundi atas pagar yang beranggapan agenda reformasi masih belum dilaksanakan secukupnya dan perlu dipergiatkan, terutama membabitkan semua komponen dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ini menyebabkan ada dalam kalangan penyokong PH sewaktu PRU15 merasakan mereka dikecewakan dan mula mengalih sokongan kepada parti yang lebih mengutamakan kestabilan dan kebajikan, ujarnya.

Mengulas lanjut, Iskandar Hassan berkata, keputusan PRN Johor memberi mesej jelas bahawa pengundi kini bukan sekadar menilai manifesto dan janji pilihan raya.

Katanya, rakyat sebaliknya mahu melihat pelaksanaan dasar yang mampu meringankan beban hidup serta memenuhi harapan yang diberikan ketika PRU15.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia, Datuk Seri Ramlan Harun memaklumkan BN memenangi 48 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan pada pilihan raya kali ini, manakala lapan kerusi lagi berpihak kepada PH.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN