LANGKAWI: Pengusaha bot tambang di Pulau Tuba melahirkan kebimbangan selepas tidak lagi menikmati kemudahan petrol bersubsidi bagi menggerakkan operasi harian mereka. Pengerusi Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Berhad (Koptubas), Mohd. Fadzlan Nor berkata, kenaikan harga RON95 kepada RM2.60 seliter menyebabkan kos operasi melonjak sekali ganda. Pengusaha yang sebelum ini belanja RM600 sehari untuk membeli petrol, kini mencecah RM1,000 dan ia amat membebankan kerana harga tambang masih kekal RM5 seorang…