KUALA LUMPUR: Malaysia menerima sokongan penuh daripada Brazil untuk menjadi negara anggota penuh Kumpulan Ekonomi BRICS di bawah kepengerusian Brazil. Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva berkata, walaupun Malaysia kini merupakan negara rakan BRICS, Brazil komited untuk menyokong kemasukan Malaysia sebagai ahli penuh dalam blok ekonomi berpengaruh itu. “Perkara utama yang anda tanyakan kepada saya ialah sama ada saya mahu Malaysia menyertai BRICS. Saya ingin menyatakan Malaysia akan menerima…










