Belanjawan 2026 tingkat keterhubungan, sektor pelancongan menjelang TM2026

Belanjawan 2026 tingkat keterhubungan, sektor pelancongan menjelang TM2026

KRISHNAN RAMASWAMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Syarikat tempahan tiket bas dalam talian, redBus menyambut baik komitmen kerajaan dalam Belanjawan 2026 yang memberi tumpuan terhadap peningkatan keterhubungan serta pembangunan ekosistem pelancongan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026).

Ketua Pegawai Perniagaan syarikat itu, Krishnan Ramaswami berkata, langkah kerajaan memperuntukkan lebih RM700 juta bagi memperkukuh infrastruktur pelancongan, pemasaran dan penyertaan komuniti membuktikan keazaman untuk menggiatkan semula sektor berkenaan yang menjadi tunjang ekonomi tempatan.

“Saya berasa amat bersemangat dengan komitmen kerajaan yang jelas dalam memperkukuh keterhubungan dan memacu pertumbuhan ekosistem pelancongan negara. Kedua-dua aspek ini merupakan tonggak penting bagi pembangunan yang inklusif dan mampan,” katanya dalam kenyataan.

Krishnan berkata, pihaknya turut menantikan penganjuran TMM2026 yang merupakan kempen pertama selepas lebih sedekad yang dijangka menjadi pemangkin kepada peningkatan jumlah pelancong antarabangsa ke Malaysia.

Katanya, dengan sasaran ketibaan 35 juta pelancong antarabangsa, usaha kerajaan untuk memposisikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama di rantau ini dilihat berada pada landasan kukuh.

“Peningkatan keterhubungan bukan sahaja menyokong pertumbuhan pelancongan, malah mempertingkat akses ke destinasi tempatan, sekali gus membantu pelancong menjelajah Malaysia dengan lebih selamat dan efisien,” katanya.

Beliau berkata, tumpuan terhadap aspek keterhubungan itu juga seiring dengan keutamaan redBus pada tahun hadapan untuk memperluas laluan dan kerjasama di Sabah dan Sarawak.

“Dengan pembangunan infrastruktur yang semakin pesat di wilayah-wilayah ini, kami melihat potensi besar untuk meningkatkan mobiliti antara bandar dan menjadikan perjalanan lebih mudah diakses oleh penduduk tempatan serta pelawat yang ingin meneroka bahagian Timur Malaysia.

“Belanjawan 2026 membawa semangat optimisme baharu apabila sektor pengangkutan, pelancongan dan teknologi bergabung bagi mencipta impak bermakna kepada para pengembara serta komuniti di seluruh negara,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN