Batalkan jemputan Trump - Armada 

Batalkan jemputan Trump – Armada 

Armada
MUHAMMAD HILMAN IDHAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan digesa membatalkan jemputan terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang akan berlangsung di ibu negara nanti. 

Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Muhammad Hilman Idham berkata, tindakan itu penting sebagai pendirian tegas negara yang tidak akan berkompromi dengan mana-mana kuasa yang melindungi kezaliman.

“Semua kuasa besar dan negara di rantau ini mesti bersatu dalam misi kemanusiaan bersama. 

“Selaku Pengerusi ASEAN, Malaysia wajar memimpin suara serantau menuntut keadilan, bukannya tunduk membentangkan karpet merah kepada Trump di mesyuarat ASEAN hujung bulan ini. 

“Duit pembayar cukai adalah haram digunakan untuk menyambut seorang pemimpin yang bersekongkol dalam penindasan,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia menggesa kerajaan mengangkat isu itu sebagai soal kedaulatan negara dan maruah rakyat.

“Warganegara Malaysia tidak boleh dijadikan bidak catur di tangan penindas. Keselamatan mereka mesti dipertahankan sebagai satu kepentingan nasional yang melangkaui fahaman politik.

“Bebaskan segera semua sukarelawan Global Sumud Flotilla khususnya warganegara Malaysia yang ditahan secara serta merta. Kami juga menuntut jaminan keselamatan dan kemanusiaan terhadap semua tahanan rejim Zionis,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN