Bapa ditahan disyaki dera anak

Bapa ditahan disyaki dera anak

FADIL MARSUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai memukul anaknya sehingga kanak-kanak itu melarikan diri dari rumah di Kepong, di sini, malam tadi. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun itu dilaporkan hilang semalam sebelum ditemukan orang awam di sebuah kedai di Metro Prima di sini.

Menurutnya, satu laporan polis diterima daripada orang awam yang menemukan mangsa. 

“Mangsa dibawa ke Balai Polis Kepong dan seterusnya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan serta rawatan. 

“Mangsa memberitahu dipukul oleh bapanya dan melarikan diri dari rumah,” katanya dalam kenyataan malam tadi. 

Pemeriksaan oleh doktor mendapati mangsa mengalami lebam bawah bibir, calar pada bahagian belakang badan dan sakit pada bahagian kepala. 

“Pada 4.40 petang, bapa mangsa datang ke Balai Polis Kepong untuk membuat laporan polis mengenai kehilangan mangsa.

“Bapa mangsa kemudian ditahan oleh polis untuk siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN