Angka dan data penting bentuk dasar pembangunan negeri 

Angka dan data penting bentuk dasar pembangunan negeri 

WAN Rosdy Wan Ismail menyampaikan kunci Rumah Rakyat Pahang (RRP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai sempena Majlis Hari Statistik Negara dan Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan di Dewan Terbuka Laman Sejahtera, Sungai Koyan, Lipis, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS: Data dan angka memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan negeri merancang serta membuat keputusan berasaskan fakta. 

 Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, angka bukan sahaja penting untuk individu, malah menjadi asas kepada pentadbiran kerajaan  dalam menentukan dasar serta hala tuju pembangunan negeri.

“Angka dan data Itu sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Bukan sahaja untuk individu tetapi untuk kerajaan dalam membantu kita membuat keputusan. Sebagai contoh, kerajaan negeri  akan membentangkan bajet pada akhir tahun ini yang mana kita bercadang memberi bantuan untuk urusan perkebumian, jadi kita kena tahu data. 

“Daripada angka tersebut kita boleh tentukan berapa yang kita hendak bagi dan sebagainya,” katanya ketika berucap pada Majlis Hari Statistik Negara dan Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan di Dewan Terbuka Laman Sejahtera, Sungai Koyan, di sini, hari ini.

Beliau turut mengulas mengenai buku data yang bakal diedarkan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagaimana diumumkan oleh Ketua Perangkawan Negara, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin sebelum ini.

Menurutnya, buku data berkenaan dijangka diedarkan pada akhir November ini selepas kemas kini statistik terkini tahun 2025 diterbitkan.

“Bila mereka ada data, mereka tidak mendengar pada hearsay (khabar angin). Contohnya kemiskinan, kemiskinan tegar, berapa orang penduduk. Daripada jumlah penduduk tersebut berapa yang miskin, berapa yang miskin tegar, B40 ada berapa orang, berapa orang yang berjaya melanjutkan pelajaran, berapa orang yang menganggur. Semua itu boleh dilihat daripada buku yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Negara (DOSM). 

“Tadi Ketua Perangkawan beritahu bulan 11 ni keluar yang terbaharu. Untuk siri 2024 ada, tapi kita nak yang terkini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN