Andalusia sasar urus 80,000 jemaah umrah menjelang 2026 - Utusan Malaysia

Andalusia sasar urus 80,000 jemaah umrah menjelang 2026

Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menyasarkan untuk mengurus sekurang-kurangnya 80,000 jemaah umrah menjelang tahun 2026, menerusi pelancaran Kempen October Deals 2025. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menyasarkan untuk mengurus sekurang-kurangnya 80,000 jemaah umrah menjelang tahun 2026, menerusi pelancaran Kempen October Deals 2025. 

Ahli Lembaga Pengurusan Andalusia, Izzati Ibrahim berkata, kempen tersebut diadakan bagi menamatkan baki lebih 15,000 tempat duduk penerbangan yang masih tersedia sehingga April 2026.

Menurutnya, kempen tersebut bertujuan membantu umat Islam merebut peluang menunaikan umrah pada musim 1447 Hijrah hingga 1448 Hijrah .

“Kempen itu bermula dari 17 hingga 20 Oktober dan dilaksanakan serentak di empat lokasi utama iaitu MATTA Muslim Travel Fair (Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur), Go Travel Expo (Mid Valley Megamall), Pejabat HQ Desa Pandan serta semua 62 cawangan Andalusia di seluruh Malaysia,” katanya ketika pada akhbar sempena program Go Travel Expo di sini hari ini.

Izzati berkata, Andalusia sentiasa meletakkan jemaah sebagai keutamaan utama dalam memastikan servis yang diberi adalah yang terbaik

Katanya, Andalusia menyediakan khidmat lengkap, daripada kursus persiapan, urusan visa, mutawwif berpengalaman hingga pemantauan selepas ibadah dan kami juga turut menyediakan cenderahati eksklusif buat 1000 pelanggan pertama.

“Kami akan memberi cenderahati seperti baju edisi khas dan bagasi miniatur kepada 1000 pelanggan pertama sepanjang tempoh promosi berkenaani.

“Inilah yang membezakan kami, bukan sekadar menjual pakej tetapi membimbing jemaah sepenuhnya dari mula sampai akhir perjalanan bagi memastikan pelanggan mendapat layanan servis yang terbaik dan memuaskan,” katanya

Beliau berkata, Andalusia kini bergerak ke arah pendigitalan menyeluruh meliputi sistem pendaftaran, pembayaran dan pangkalan data jemaah, bagi memastikan setiap urusan ibadah menjadi lebih mudah, pantas dan selamat.

“Melalui langkah ini, setiap transaksi menjadi lebih telus, selamat dan pantas, sekali gus mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap agensi umrah tempatan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Wilayah Zon Tengah Andalusia, Siti Syadratul A’lya Samsudin berkata, sempena kempen itu para pelanggan boleh menikmati diskaun khas bermula dari RM100 hingga RM200 seorang bagi semua pakej umrah, termasuk Umrah Jimat, Umrah Sederhana Ramadan dan Umrah Jarak Dekat Musim Ramadan.

Beliau berkata, promosi itu turut diperluaskan kepada pakej pelancongan luar negara seperti Eropah, Turki, Jepun, Korea serta Muslim Tour serata dunia, dengan potongan harga sehingga RM200 seorang.

“Melalui kempen ini, Andalusia ingin menegaskan bahawa ini bukan sekadar jualan murah, tetapi peluang pelanggan ke Tanah Suci yang sebenar, dengan jaminan pengalaman ibadah yang selesa, telus dan diyakini selaras dengan tagline kami iaitu “Paling Dipercayai. Paling Diyakini. Hanya di Andalusia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN