“SAYA mahu penduduk Kuala Terengganu rasa wakil mereka senang didekati, tidak berjarak dan sedia mendengar.” Itulah prinsip dipegang teguh Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin masyarakat. Sebagai wakil rakyat bagi sebuah kawasan bandar yang pesat membangun namun masih berakar dalam nilai tradisi, pendekatan Ahmad Amzad bukan sahaja bersifat fizikal melalui pembangunan infrastruktur, malah menekankan aspek keterlibatan sosial, kebajikan rakyat dan keseimbangan antara pembangunan…