KUALA LUMPUR: Wujud kelompok tertentu dengan amalan lama tidak senang dengan transformasi yang sedang direncanakan kerajaan bagi menjamin kelangsungan, kelestarian dan peningkatan keupayaan negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketiga-tiga perkara itu penting untuk meningkatkan martabat, harakat serta darjat Malaysia di mata dunia. Beliau berkata, prasyarat penting dalam menjayakan kerangka transformasi itu adalah dengan memastikan tadbir urus dan tatakelola yang baik serta memperbaiki kelemahan dan kebobrokkan dalaman. “Memberi…