80 peratus Projek Sejati Madani Koperasi siap sepenuhnya

80 peratus Projek Sejati Madani Koperasi siap sepenuhnya

Abdul Fattah Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kira-kira 80 peratus projek pembangunan koperasi di bawah Projek Sejati Madani Koperasi telah siap sepenuhnya.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, sebanyak 20 projek telah diberikan kepada Angkasa dengan biaya berjumlah RM2 juta.

“Kedah menerima satu projek di bawah inisiatif ini melalui Koperasi Kepulauan Tuba dan Selat (Koptubas) di mana gerai jualan yang ada di situ dinaik taraf kepada karavan.

“Naik taraf ini dijangka dapat meningkatkan jumlah pendapatan penduduk di situ daripada di antara 30 hingga 50 peratus berbanding dengan gerai sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Bicara Koperasi Sempena Program Retreat Anggota Lembaga Koperasi Dan Pengurusan Koperasi LLM Berhad di Akademi MyAngkasa dan Resort Langkawi, di sini hari ini.

Menurut Abdul Fattah, antara projek lain yang telah disiapkan adalah ternakan ikan talapia, ternakan ikan keli, spa dan projek jualan hasil Orang Asli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN