Kekal carum Lindung 24 Jam elak tanggung beban perubatan

Kekal carum Lindung 24 Jam elak tanggung beban perubatan

Syed Hussain Syed Husman
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pekerja disaran mengekalkan perlindungan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) bagi mengelakkan risiko menanggung kos rawatan perubatan yang semakin meningkat.

Presiden Persekutuan Maji­kan-majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, skim berkena­an menawarkan perlindungan sepanjang 24 jam dengan hanya premium yang kecil, sekali gus membantu mengurangkan beban kewangan sekiranya berlaku kemalangan.

Bagaimanapun katanya, ma­ji­kan tidak berhak menentu­kan sama ada pekerja perlu men­ge­kalkan atau membatalkan perlindungan itu, sebaliknya hanya melaksanakan keputusan yang dibuat oleh pencarum.

“Sebenarnya, adalah lebih baik untuk mengambil atau men­gekalkan perlindungan ter­sebut. Dengan perlindungan ini, hanya dengan premium yang kecil, anda akan dilindungi selama 24 jam.

“Namun, ia merupakan pilihan individu. Majikan hanya boleh memberikan nasihat. Ke­putusan tetap terletak di tangan pencarum. Kami hanya bertindak sebagai pentadbir dan akan melaksanakan pilihan yang dibuat oleh mereka,” katanya kepada Mingguan Malaysia.

Semalam, akhbar ini mela­por­kan, pencarum boleh membatalkan Skim Lindung 24 Jam dengan melengkapkan perakuan pelepasan liabiliti secara dalam talian mulai Isnin ini.

Ia bagi mengesahkan bahawa mereka tidak lagi menerima perlindungan sekiranya berlaku kemalangan di luar waktu be­kerja.

Perakuan itu akan menjadi asas perundangan sekiranya ber­laku sebarang pertikaian pada masa hadapan, khususnya membabitkan tuntutan akibat kemalangan, kecederaan atau kematian di luar waktu kerja.

Mengulas lanjut, Syed Hus­sain berkata, keputusan menjadikan skim berkenaan daripada mandatori kepada sukarela selepas undang-undang berkaitan diluluskan bukan berada di bawah bidang kuasa majikan.

Katanya, penjelasan berhu­bung perkara itu perlu dirujuk kepada kerajaan kerana majikan tidak mempunyai kuasa atau peranan dalam menentukan dasar berkenaan.

“Mengenai mengapa skim ini berubah daripada mandatori kepada sukarela selepas undang-undang diluluskan, perkara itu perlu ditanyakan kepada kerajaan. Majikan tidak mempu­nyai kuasa atau peranan dalam membuat keputusan tersebut,” katanya-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN