500 pelajar tahfiz hadir majlis Program DMS Berselawat, pertingkat kefahaman ilmu

500 pelajar tahfiz hadir majlis Program DMS Berselawat, pertingkat kefahaman ilmu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Program DMS Berselawat yang diadakan baru-baru ini berjaya menghimpunkan lebih 500 peserta terdiri daripada pelajar sekolah tahfiz terpilih, pelanggan setia serta tetamu jemputan khas.

Program tersebut yang bermula seawal pukul 4 petang, majlis dipenuhi dengan pelbagai pengisian kerohanian termasuk bacaan 30 juzuk al-Quran, penyerahan sumbangan serta kemuncak selawat beramai-ramai dan tausiyah.

Ketua Pegawai Eksekutif DMS Motors, Datuk Mohamad Salim Abd. Rahman berkata, majlis seperti ini perlu sentiasa disemarakkan dengan semangat kesepaduan dan memperkasakan segenap aspek terutama rohaniah.

“Program ini merupakan kesinambungan kejayaan DMS Raikan Ramadan 2025 yang berlangsung pada Ramadan lalu. Ia dapat mengangkat martabat ke arah insaniah, ekonomi, pendidikan dan sosial tetapi perkara teras atau pangkalnya adalah keyakinan kita kepada Allah SWT dan mendekati Rasulullah SAW dengan mengingati dan berselawat.

“Sebab itu, saya ambil peluang untuk meraikan bersama serta mengajak pelajar tahfiz, rakan dan pelanggan untuk menjadikan majlis seperti ini segar. Biar kita sentiasa berselawat kepada junjungan Nabi Muhammad dan menggunakan majlis ini bagi meningkatkan kefahaman ilmu kita,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam majlis sama, DMS turut mengumumkan pelancaran DMS Capital iaitu sistem pembiayaan patuh syariah yang membolehkan pelanggan mendapatkan kemudahan kredit kenderaan tanpa bergantung sepenuhnya kepada bank.

“Matlamat kami bukan sekadar menggerakkan perniagaan automotif tetapi juga membina legasi yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Program seperti DMS Berselawat dan DMS Raikan Ramadan menambah nilai rohani, manakala DMS Capital dan DMS Care memberi kemudahan duniawi untuk pelanggan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN