PETALING JAYA: Sebanyak 34 Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di seluruh negara melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR) susulan peningkatan kes jangkitan influenza dalam kalangan pelajarnya. Memetik laporan media tempatan, Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, setakat ini, seramai 2,724 pelajar MRSM di seluruh negara dikenal pasti dijangkiti virus berkenaan. Katanya, langkah proaktif itu diambil selepas setiap MRSM terbabit mencatatkan lebih 50 kes jangkitan…