Mara akan buang kerja pegawai terlibat aktiviti songsang

Mara akan buang kerja pegawai terlibat aktiviti songsang

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas termasuk buang kerja akan dikenakan terhadap mana-mana pegawai atau staf Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta Institusi Pendidikan Mara (IPMA), sekiranya terbabit dengan aktiviti songsang.

Pengerusi Mara, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pendirian itu telah dimaklumkan dengan jelas kepada pengurusan tertinggi.

Katanya, pihaknya tidak akan berkompromi sekiranya terdapat mana-mana warga kerja yang melanggar nilai moral dan integriti ketika berkhidmat di bawah agensi tersebut.

“Pengurusan Mara tahu pendirian tegas saya. Jika ada pegawai mahupun staf Mara atau di mana-mana IPMA terlibat dengan aktiviti songsang, tindakan keras sehingga dibuang kerja wajib diambil,” katanya dalam kenyataan.

Sabtu lalu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Azani Omar memaklumkan, bahawa menahan 201 individu termasuk tujuh pekerja premis dalam satu serbuan.

Daripada jumlah itu, 24 merupakan warga asing manakala selebihnya warga tempatan termasuk 17 penjawat awam berusia 19 hingga 60 tahun.

Polis turut merampas kondom serta beberapa barangan lain yang dipercayai digunakan dalam aktiviti tidak bermoral, sekali gus mencetuskan perhatian umum. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN