30 PBT dapat penarafan bandar pintar

30 PBT dapat penarafan bandar pintar

pbt
AIMAN ATHIRAH SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Bandar Pintar Negara (MBPN) Tahun 2025 baru-baru telah mengiktiraf 30 pihak berkuasa tempatan (PBT) berjaya memperoleh penarafan Bandar Pintar Malaysia 2025.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan  Tempatan, Aiman Athirah Sabu membincangkan  dasar dan menetapkan hala tuju strategik pelaksanaan bandar pintar di Malaysia. 

Pada mesyuarat tersebut telah diluluskan dua kertas pertimbangan dan  dua kertas makluman yang membincangkan status pelaksanaan inisiatif bandar  pintar negara serta menetapkan hala tuju pelaksanaan bandar pintar untuk mencapai  Negara Pintar (Smart Nation) pada 2040.  

Berpandukan kepada indikator bandar pintar di bawah Malaysia Standard (MS) ISO  37122:2019 (Smart City Indicators), MBPN Tahun 2025 telah memperakui  pencapaian 30 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berjaya memperoleh  Penarafan Bandar Pintar Malaysia bagi tahun 2025.

Daripada jumlah itu 27 PBT menerima penarafan Tahap 1 : Smart City Early Adopter;  dua PBT menerima penarafan Tahap 2: Developing Smart City; dan satu PBT telah diiktiraf mencapai Tahap 3: Leading Smart City — buat  julung kalinya sejak penarafan ini dilaksanakan. 

PBT yang berjaya mencapai penarafan ini akan menerima penganugerahan daripada  YB Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada 28 Oktober 2025 sempena  Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia Tahun 2025 yang akan diadakan di  Putrajaya. 

Semenjak program penarafan bandar pintar diperkenalkan oleh KPKT bermula pada  tahun 2023 sebanyak 75 PBT telah menerima penarafan iaitu 70 PBT menerima Tahap 1: Smart City Early Adopter; empat PBT menerima Tahap 2: Developing Smart City; dan Satu (1) PBT telah berjaya mencapai Tahap 3: Leading Smart City.

PBT yang berjaya telah diberikan geran peruntukan khusus bagi melaksanakan  projek-projek bandar pintar di kawasan masing-masing.

Hal ini selaras dengan  Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13) yang mana KPKT menyasarkan  sebanyak 115 PBT diiktiraf sebagai Smart City Early Adopter menjelang tahun 2030. 

Selain itu, mulai tahun ini satu inisiatif baru turut diperkenalkan iaitu Penarafan  Perbandaran Pintar atau Smart Township kepada pemaju.

Penarafan ini yang  julung kali diperkenalkan oleh KPKT mempunyai tiga (3) tahap iaitu Silver, Gold dan Platinium.

Objektif utama penarafan ini adalah untuk mengiktiraf kawasan  perbandaran yang telah melaksanakan inisiatif bandar pintar (smart city) berpandukan  kepada indikator-indikator penilaian bandar pintar di bawah Malaysia Standard (MS)  ISO 37122:2019 (Smart City Indicator).

Sebanyak 15 permohonan Smart Township  telah diterima daripada pemaju swasta dan lima (5) township telah berjaya mendapat  penarafan iaitu masing-masing dua (2) township mendapat tahap Silver dan Gold.  Manakala satu township telah mendapat penarafan Platinum

Usaha KPKT dalam melaksanakan penarafan ini dilihat sebagai pemangkin kepada  hasrat menjadikan Malaysia sebuah Negara Pintar (Smart Nation) menjelang  tahun 2040, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI untuk memperkukuh  kecekapan tadbir urus, meningkatkan kesejahteraan rakyat serta menjamin  kemampanan bandar demi masa depan negara yang lebih gemilang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN