GUA MUSANG: Taktik licik 24 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) pelbagai negara menaiki bas ekspres bagi mengelak daripada diperiksa dan dicekup oleh pihak berkuasa gagal selepas ditahan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan semalam. Kesemua PATI itu ditahan dalam Operasi Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) semasa sekatan jalan raya di Stesen Penguatkuasa JPJ Mentara di sini. Menurut jurucakap JIM Kelantan, kesemua PATI yang ditahan itu adalah warganegara Bangladesh,…










