V60 bukti komitmen vivo kekal antara jenama telefon pintar pilihan di Malaysia

V60 bukti komitmen vivo kekal antara jenama telefon pintar pilihan di Malaysia

MIKE Xu menunjukkan model Flagship ZEISS Portrait terbaharu vivo iaitu V60 pada majlis pelancaran telefon pintar itu di George Town, Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN/DANIAL SAAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN : Vivo Malaysia komited untuk terus kekal sebagai antara jenama telefon pintar pilihan rakyat negara ini susulan pengenalan model Flagship ZEISS Portrait terbaharunya, iaitu vivo V60.

Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu berkata, sejak memulakan operasi di Malaysia kira-kira 11 tahun yang lalu, jenama yang berpangkalan di China itu telah berjaya mencuri hati ramai pengguna telefon pintar di negara ini.

“Di Malaysia, ada tujuh juta pengguna vivo sekarang dan kami berterima kasih kepada anda semua kerana telah menjadikan vivo sebagai antara jenama telefon pintar pilihan rakyat Malaysia,” katanya pada Majlis Pelancaran vivo V60 yang turut dihadiri oleh Pengurus Wilayah Utara vivo Malaysia, Mark Long di sini, hari ini.

Sempena majlis pelancaran itu juga, 20 pelanggan pertama yang membeli vivo V60 akan menerima hadiah premium eksklusif sebagai tanda penghargaan vivo kepada pengguna terawal.

Dalam pada itu, Xu memberitahu, beliau teruja kerana ini kali pertama vivo mengadakan pelancaran model telefon pintar baharu mereka di Pulau Pinang.

“Bagi kami, wilayah utara ini juga penting untuk pasaran vivo dan kami mahu berinteraksi serta berkomunikasi lebih rapat dengan semua pelanggan kami,” ujar beliau.

Vivo V60 yang lengkap dengan sistem pengimejan serba boleh yang dibangunkan bersama ZEISS serta direka untuk menghasilkan potret memukau dan sebagainya itu dibangunkan dengan visi untuk membawa fotografi potret setaraf profesional ke dalam telefon pintar.

Dihasilkan dengan reka bentuk yang tahan jatuh serta jangka hayat bateri yang lebih panjang, telefon pintar itu juga tersedia dalam tiga pilihan warna yang diinspirasikan oleh alam semula jadi iaitu Berry Purple, Summer Blue dan Misty Grey.

Bermula hari ini, vivo V60 boleh didapati pada harga RM1,999 untuk varian berkapasiti 256 gigabait (GB) bagi storan termasuk 12GB untuk memori capaian rawak (RAM) manakala bagi varian berkapasiti 12GB + 512GB pula, harga yang ditawarkan ialah pada RM2,299.

Pada masa yang sama, pelanggan juga boleh menikmati tawaran eksklusif dalam talian pada harga RM1,899 untuk varian 8GB + 256GB.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN