JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melancarkan inisiatif Menu Siswa Rahmah bagi menawarkan hidangan seimbang pada harga berpatutan khususnya buat penuntut universiti awam tersebut yang terdiri daripada golongan keluarga latar belakang kurang berkemampuan. Naib Canselor UTM, Prof. Dr. Mohd. Shafry Mohd. Rahim berkata, inisiatif diambil pihaknya bagi memastikan UTM kekal menjadi institusi pendidikan unggul yang bukan sahaja menekankan kecemerlangan akademik malah mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan mahasiswa. “UTM memperkenalkan inisiatif Menu…