ALOR SETAR: Usul Pemuda Pas yang mendesak parti itu memimpin Perikatan Nasional (PN) serta menampilkan calon Perdana Menteri tidak akan membawa kepada perpecahan. Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, cadangan itu sebaliknya mencerminkan proses meraikan pandangan yang akhirnya akan dimuktamadkan secara konsensus antara pimpinan PN. “Saya rasa tidak salah kalau Pas mencadangkan dan saya rasa rakan-rakan Bersatu pun boleh menerima sebab Bersatu pun ada cadangan mereka. “Semua berhak…