Trump puji Malaysia tangani isu Kemboja-Thailand

Trump puji Malaysia tangani isu Kemboja-Thailand

ANWAR Ibrahim, dalam perbualan telefon bersama Presiden AS, Donald Trump, semakam. – FB Anwar Ibrahim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengiktiraf kejayaan Malaysia dalam memudah cara perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand, sekali gus menjadi pencapaian besar yang memperlihatkan kewibawaan negara serta keteguhan ASEAN.

Menerusi perbualan telefon bersama Trump, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk terus memainkan peranan proaktif memastikan keamanan serantau khususnya melibatkan isu Kemboja-Thailand.

“Saya turut sampaikan penghargaan kepada beliau (Trump) atas peranan yang dimainkan oleh Amerika Syarikat dalam memastikan gencatan senjata tersebut tercapai.

“Perbualan telefon ini berlangsung ketika saya menerima kunjungan hormat daripada Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Jamieson Gre­er yang kini berada di Malaysia sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan,” katanya dalam ke­nyataan.

Anwar berkata, Malaysia menantikan kehadiran Presiden Trump ke Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan yang dijangka menjadi platform strategik memperkukuh kerjasama demi keamanan, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Perdana Menteri turut mene­rima kunjungan hormat daripada Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR), Jamieson Greer bersama delegasinya sebelah pagi, bersempena keha­diran mereka ke Mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan yang sedang berlangsung di ibu negara.

Anwar berkata, pertemuan itu membuka ruang kedua-dua negara untuk bertukar panda­ngan mengenai hubungan strategik dan kerjasama perdagangan.

Usaha memuktamadkan Per­­janjian Perdagangan Timbal Balas antara Malaysia dan Amerika Syarikat yang sedang dirundingkan turut dijangka dapat mendorong ketentuan arah tuju dasar serta peranca­ngan komuniti perniagaan ke­dua-dua buah negara.

“Dalam pertemuan ini kami bertukar pandangan berkaitan hubungan strategik kedua-dua buah negara serta ASEAN terutamanya dari perspektif perdagangan.

“Malaysia sebagai negara per­dagangan mengamalkan ekonomi terbuka sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan semua rakan dagangan sekali gus,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN