GOMBAK: Syarikat pengangkutan perlu bertanggungjawab memastikan kenderaan masing-masing sentiasa diselenggara dengan baik setiap masa bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, syarikat tidak boleh hanya bergantung kepada pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) yang diwajibkan setiap enam bulan, sebaliknya perlu melakukan pemeriksaan berkala secara berterusan. “Dalam kes ini, jelas sistem brek lori gagal berfungsi sehingga merempuh plaza tol dan beberapa kenderaan lain. Ia menunjukkan…