Seorang maut, lima cedera dalam nahas dua kenderaan

Seorang maut, lima cedera dalam nahas dua kenderaan

ANGGOTA Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam melakukan kerja-kerja mengeluarkan seorang wanita yang tersepit di tempat duduk penumpang hadapan kereta Produa Axia selepas terlibat kemalangan dengan kenderaan pelbagai guna Toyota Velfire malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang wanita maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di kilometer 36.5 Jalan Batu Pahat – Kluang, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Lalang di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kejadian dilaporkan berlaku pukul 8.04 malam melibatkan sebuah kereta Produa Axia yang dinaiki empat orang serta sebuah kenderaan pelbagai guna Toyota Velfire seramai enam orang.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika kereta Perodua Axia dipandu seorang wanita berusia berusia 21 tahun bersama tiga penumpang berusia 51 hingga 59 tahun dalam perjalanan dari arah Ayer Hitam menuju ke bandar Kluang.

“Dalam masa sama, kenderaan pelbagai guna Toyota Velfire dipandu seorang lelaki berusia 47 tahun bersama lima orang ahli keluarganya berusia antara 12 hingga 73 tahun turut dari arah perjalanan yang sama.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, kenderaan MPV yang sebelum itu berhenti di bahu kiri jalan dikatakan keluar secara tiba-tiba ke laluan utama menyebabkan pemandu kereta Perodua Axia itu gagal mengelak lalu berlaku pelanggaran,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Shahrulanuar, mayat mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanan Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses bedah siasat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,”katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×