PETALING JAYA: Pemandu lori muatan barangan lusuh yang terbabit dalam kemalangan beberapa kenderaan hingga mengorbankan bayi lelaki di Plaza Tol Bukit Kajang, dekat sini semalam mengakui melompat keluar dari lori kerana masalah brek.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, bagaimanapun lori itu akan dihantar untuk pemeriksaan.
Katanya, lelaki berusia 42 tahun tersebut direman selama dua hari bagi siasatan lanjut.
“Siasatan bagi kes ini masih dijalankan di mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Polis juga telah merakam lima keterangan termasuk pemilik iaitu majikan lori terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, ibu, nenek dan seorang lagi bayi telah telah keluar daripada Hospital Serdang.
“Penumpang X70 masih menerima rawatan di KPJ Kajang dan dua lagi mangsa iaitu kakitangan JKR masih mendapatkan rawatan di Hospital Kajang,” jelasnya. – UTUSAN










