Tambah kuota ambil pelajar melalui UPU

Tambah kuota ambil pelajar melalui UPU

UNIVERSITI MALAYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu menambah kuota pengambilan pelajar melalui sistem permohonan Unit Pengambilan Universiti (UPU) agar lebih ramai anak tempatan yang cemerlang berpeluang mendapatkan pendidikan berkualiti dalam bidang yang mempunyai prospek kerjaya.

Pengerusi Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi dan Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, peluang mengikuti kursus-kursus kritikal kini agak terhad melalui UPU sehingga menyukarkan pelajar megikuti pengajian berkaitan.

Katanya, dalam program perakaunan misalnya, Universiti Malaya (UM) sebagai contoh hanya menawarkan 85 tempat melalui UPU kepada pelajar tempatan sedangkan permohonan diterima agak tinggi.

“Sepatutnya kerajaan kena besarkan fakulti-fakulti strategik, contohnya menjelang 2030 negara nak lahirkan seramai 60,000 akauntan, sekarang baru 35,000 tapi kalau pengambilan UPU pun 85 orang bolehkah capai.

“Sudahlah 85 orang, lebih kurang 30 tempat pula melalui saluran feeder UM iaitu program asasi dan bakinya barulah saluran terbuka yang tawarkan tempat kepada mereka yang mampu bayar yuran hingga RM80,000.

“Kalau orang itu miskin, saluran UPU tak dapat tapi nak masuk melalui saluran terbuka mana ada duit RM80,000 kalau ayah dia cuma pengawal ke­selamatan atau emak dia kerani, jadi ini tidak adil,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Haim Hilman yang juga bekas Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, beliau tidak pernah berniat untuk menyerang KPT, namun berpendapat polisi itu perlu dinilai semula agar lebih adil untuk melahirkan bakat tempatan dalam profesion bermutu tinggi.

“Saya bangkitkan isu pengambilan pelajar UM melalui UPU kerana beribu pelajar kita nak masuk ke sana, rata-rata kita belajar ijazah sarjana muda sekali sahaja seumur hidup dan mestilah kita nak ada sejarah sendiri di mana institusi kita belajar.

“Jadi kita tak nak ramai pelajar kita hanya ditawarkan program-program yang tiada pro­spek kerja yang baik kerana kita nak bangunkan modal insan yang boleh bangunkan negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN