Syarikat kosmetik China bakal bina kilang di Johor  - Utusan Malaysia

Syarikat kosmetik China bakal bina kilang di Johor 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Syarikat peneraju global dalam bidang polimer anti-penuaan dan kosmetik, Rianlon Corporation menyatakan hasrat untuk menubuhkan kilang pembuatan serta kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Johor.

Perkara itu dimaklumkan  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan bersama  wakil syarikat dari China itu dalam lawatan kerja empat hari ke negara berkenaan.

Anwar berkata,  syarikat berkenaan dijangka melabur sebanyak RM820 juta untuk projek terbabit.

“Rianlon Corporation, antara peneraju global dalam bahan tambahan anti-penuaan untuk polimer dan kosmetik, telah menyatakan komitmen pelaburan berjumlah RM820 juta bagi membangunkan kilang serta pusat R&D di Johor, yang bakal mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat,” katanya dalam kenyataan di platform Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Anwar turut meneliti  perkembangan  Projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kini menjadi lambang persahabatan Malaysia–China di bawah Belt and Road Initiative (BRI).

“Insya-Allah, ECRL bakal merapatkan jurang pembangunan wilayah dan membawa limpahan ekonomi kepada masyarakat setempat.

“Kerajaan Madani akan terus berusaha untuk merancakkan pelaburan, memberdaya sektor berteknologi tinggi dan memperkukuh hubungan ekonomi Malaysia–China yang berakar pada sejarah panjang, sekali gus membuka lembaran masa depan yang lebih gemilang untuk rakyat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN