Trump raih lebih RM4 bilion hasil projek kripto

Trump raih lebih RM4 bilion hasil projek kripto

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Presiden, Donald Trump mencatatkan pendapatan sekitar AS$1.2 bilion (RM4.09 bilion) hasil daripada aktiviti mata wang kripto beliau sepanjang tahun 2025.

Perkembangan itu didedahkan menerusi dokumen yang dikeluarkan oleh Pejabat Etika Kerajaan Amerika Syarikat (AS), pada Selasa.

Mengikut undang-undang yang termaktub sejak tahun 1978, Presiden dan Naib Presiden AS diwajibkan untuk mengisytiharkan jumlah pendapatan serta aset peribadi mereka.

Berdasarkan dokumen setebal lebih 900 halaman itu, Trump menerima hampir AS$550 juta (RM2.2 bilion) hasil daripada hubung kait beliau dengan syarikat pemula, World Liberty Financial (WLF).

Keluarga Trump sebelum ini dilaporkan memberikan sokongan padu selain membenarkan nama mereka digunakan untuk platform mata wang kripto tersebut yang dilancarkan pada September 2024.

WLF menerbitkan mata wang kriptonya tersendiri yang dikenali sebagai WLFI, di mana jualan awalnya berjaya meraih kutipan sebanyak AS$550 juta (RM2.2 bilion).

Trump bersama tiga anak lelakinya turut memperoleh tambahan 22.5 bilion token WLFI menerusi sebuah syarikat perantara, DT Marks Defi, yang kini dianggarkan bernilai sekitar AS$1.3 bilion (RM5.32 bilion).

Pada April 2025, WLF turut memasarkan koin miliknya iaitu mata wang digital yang nilainya disandarkan kepada mata wang tradisional, dalam konteks ini, dolar AS.

Borang pengisytiharan pendapatan presiden itu turut mendedahkan penerimaan royalti sebanyak AS$635 juta (RM2.59 bilion) di bawah perjanjian pelesenan berkaitan mata wang kripto $TRUMP yang dilancarkan hanya beberapa jam sebelum majlis angkat sumpah jawatan beliau pada Januari 2025.

Menurut laporan majalah Forbes, penglibatan aktif Trump dalam sektor mata wang kripto menjadi faktor utama yang menyaksikan kekayaan peribadinya melonjak hampir tiga kali ganda, meningkat daripada AS$2.3 bilion (RM9.41) kepada AS$6.5 bilion (RM26.6 bilion) antara 2024 hingga 2026. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN