PETALING JAYA: Kapal Fair Lady yang membawa misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dari Itali dijangka berlayar ke Gaza hari ini selepas tiga kali ditangguhkan. Pengarah Media Muslim Care Malaysia (MCM), Tuan Asri Tuan Hussein berkata, kapal itu berkemungkinan meninggalkan pelabuhan Catania sebaik sahaja senarai akhir penumpang dimuktamadkan penganjur. Menurut beliau, pengesahan penyertaan biasanya dilakukan melalui mesej peribadi yang menyatakan nama penumpang bot masing-masing, namun proses berkenaan mengambil masa kerana…