SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Majlis Doa Selamat Sempena Perkahwinan Diraja Tengku Amir Shah dan Cik Afzaa Fadini Abdul Aziz di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini. Mengiringi keberangkatan tiba baginda, Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi, Dr. Mohammad Fahmi Ngah; Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor…