PATI cuba sogok RM7,000 elak ditahan dalam serbuan

PATI cuba sogok RM7,000 elak ditahan dalam serbuan

PATI
TIGA daripada empat warga asing ditahan oleh anggota PGA dalam satu serbuan dekat Indah Point, Kawasan Perindustrian Pulau Indah, Pulau Indah, di Klang, Selangor, malam tadi. - UTUSAN / AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Cubaan menawarkan RM7,000 oleh seorang warga Bangladesh supaya anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) tidak menahan keluarganya tidak berhasil apabila mereka akhirnya ditahan dalam satu operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Selangor, dekat Indah Point, Pulau Indah, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, anggota PGA turut menahan empat lagi individu lain termasuk seorang wanita dan anaknya berusia 37 tahun yang sedang menaiki kereta Toyota Avanza.

Anggota PGA berpangkat Lans Koperal yang melakukan pemeriksaan berkata, pemeriksaan terhadap kenderaan itu mendapati dua penumpang lelaki tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

“Pemandu MPV itu kemudiannya didapati cuba menyogok sebanyak RM5,000 kepada saya dan dua rakan setugas di lokasi tersebut.

“Apabila saya mencari pegawai Imigresen, didapati lelaki itu cuba melakukan sogokan sekali lagi sebanyak RM7,000 kepada dua rakan saya,” katanya.

Namun, kelima-lima warga Bangladesh itu akhirnya ditahan pegawai  Imigresen untuk pemeriksaan lanjut.

Dalam operasi tersebut pelbagai agensi termasuk Imigresen Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Kuala Lumpur, PGA, Pasukan Gerakan Udara (PGU), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Bagaimanapun, seorang warga Indonesia, Norma Yunita, 41, mendakwa dia kali pertama berdepan situasi tersebut sejak lapan tahun tinggal di kawasan tersebut, malah suaminya pula 11 tahun.

“Sebelum ini tidak pernah ada operasi di sini. Ini pun kali pertama saya berdepan pemeriksaan seperti ini dengan suami dan anak yang baru tiba dari kampung untuk menghabiskan cuti semesternya di sini,” dakwanya.

Hal tersebut turut diakui seorang warga Nepal, Chen, 40, yang mendakwa kawasan tersebut memang merupakan tempat tinggal dia dan kawan-kawannya yang bekerja di Kawasan perindustrian Pulau Indah dan gudang di Westport.

”Sudah enam tahun bekerja di sini. Ya, ini kali pertama (diserbu). Tetapi, kami semua (rakan sebilik) ada pasport, cuma ia dipegang oleh bos (majikan),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN