Azmin letak jawatan Ketua Pembangkang Selangor?

Azmin letak jawatan Ketua Pembangkang Selangor?

Ketua pembangkang
MOHAMED AZMIN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa berhasrat meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang Selangor.

Desas-desus perkara tersebut tercetus apabila beliau dikatakan menghantar satu mesej menerusi kumpulan Whatsapp dipercayai terdiri dalam kalangan ADUN Perikatan Nasional (PN) Selangor, tengah malam tadi.

Beliau dikatakan mahu meletakkan jawatan tersebut berkuatkuasa pada 1 Oktober ini dan meminta 21 ADUN lain berbincang untuk melantik seorang Ketua Pembangkang yang baharu sebagai persiapan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Namun, mesej tersebut didakwa kononnya dipadam selepas mendapat reaksi daripada ADUN-ADUN lain termasuk Paya Jaras, Datuk Dr. Abdul Halim Tamuri dari Pas yang dikatakan meminta perkara itu dibincangkan.

Bagaimanapun, Mohamed Azmin ketika dihubungi memberitahu beliau menafikan perkara tersebut dan mendakwa ia tidak benar serta meminta khabar angin itu dihentikan.

“Tidak benar. Hentikan khabar angin. Saya always optimistik. Kita usaha sedaya upaya. Rakyat mesti dibantu.

“Saya bersyukur dapat berkhidmat di Selangor kerana kerjasama dan ikatan di antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas di Selangor amat mantap. Kami akan berusaha sedaya upaya kami. Yang lain kita serah kepada Allah SWT,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Keadaan itu menimbulkan kekecohan dalam kalangan ADUN PN sehingga satu mesyuarat tergempar didakwa diadakan pada malam ini bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Malah, ia juga dibimbangi akan melemahkan segala persiapan PN khususnya antara Bersatu dan Pas dalam usaha untuk menawan Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN