PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan peluncuran Projek Sarawak–Sabah Link Road Fasa 2 (SSLR2) hari ini sebagai detik bersejarah yang bakal menghubungkan pedalaman Sarawak dan Sabah dengan lebih selesa serta selamat. Perdana Menteri berkata, jalan raya moden itu akan merentasi bukit bukau, menyeberangi sungai deras dan menjadi urat nadi pembangunan bagi kawasan Miri, Marudi, Mulu, Limbang serta Lawas yang sekian lama menantikan limpahan kemajuan. “Segala ini adalah hasil persahabatan…