PN menang besar pilihan raya jika diketuai Pas – Hashim Jasin

PN menang besar pilihan raya jika diketuai Pas – Hashim Jasin

HASHIM Jasin ketika merasmikan Muktamar Dewan Ulama Pas Pusat ke-64 di Maahad Darul Hadis, Kampung Tok Keling di Alor Setar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) mampu meraih kemena­ngan yang lebih besar sekiranya Pas diberi tanggungjawab untuk mengetuai gabungan itu termasuk menjadi Pengerusi PN.

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, beliau bersetuju dengan usul dibuat sayap Pemuda Pas yang mendesak parti mempersiapkan diri memimpin PN serta menampilkan calon Perdana Menteri berasaskan kekuatan politik semasa yang nyata.

“Saya pernah suarakan hasrat itu dua tahun lalu bahawa dalam PN keputusan yang melibatkan dasar perlu dibuat selepas kita berunding dan pada ketika itu ada suara-suara yang merasakan mereka umumkan apa sahaja.

“Saya orang tua bukan ada kepentingan apa-apa melainkan hanya untuk parti, maka saya suarakan tak patut buat begitu rundinglah dulu apa-apa pun. Keputusan dibuat oleh parti-parti itu kita akan ikut tapi semakin hari berlaku sebaliknya.

“Jadi, secara peribadi keputusan yang dibuat oleh Pemuda saya setuju dan kita harap perkara ini akan membantu lagi untuk kemenangan kita dalam pilihan raya akan datang,” katanya dalam sidang akhbar selepas perasmian Muktamar Dewan Ulama Pas ke-64, semalam.

Sementara itu, Hashim ber­kata, parti-parti yang berminat untuk bekerjasama dengan Pas atau menyertai PN perlu bersedia mengikut syarat dan budaya mereka yang telah sekian lama ditonjolkan kepada masyarakat.

“Nak ikut kita, nak bersama orang kita bukan boleh dia letak syarat dan kita ikut dia tak betul begitu kerana kita dah bentangkan dalam masyarakat sikap tertentu pemimpin kita hinggakan siapa naik jadi ketua, Perdana Menteri itu bukan budaya kita,” katanya.

Dalam pada itu, Hashim berharap empat negeri yang kini dikuasai Pas dapat bertanding di bawah logo parti itu kelak berbanding menggunakan lambang PN seperti di Kedah dan Perlis, sebelum ini.

“Tiada apa-apa masalah guna simbol Pas di empat negeri ini, negeri lain tak apa lah kita boleh bincang sebab Kedah masa itu tak masuk dalam negeri yang guna simbol Pas, sebab itu Langkawi habis semua depa (Bersatu) ambil.

“Cuma kali ini dengan apa yang berlaku saya harap perunding-perunding kita (Pas) lebih bersedia untuk mendapatkan keadilan dalam soal pembahagiam kerusi dan perkara-perkara lain,” ujarnya. – MINGGUAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×