SPRM dakwa sembilan lagi individu berkait projek MEX II

SPRM dakwa sembilan lagi individu berkait projek MEX II

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mendakwa sembilan lagi individu berhubung siasatan kes pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram membabitkan projek Lebuhraya MEX II.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, kesemua mereka dipercayai terbabit dengan transaksi kewangan yang dikaitkan dengan Pengarah Maju Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Abu Sahid Mohamed.

“Kami jangka mereka akan dituduh selewat-lewatnya hujung bulan ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Semalam, Abu Sahid didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas empat pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan wang berjumlah RM313 juta dan 13 pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM139 juta membabitkan projek berkenaan.

Beliau juga akan berdepan tujuh lagi pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung salah guna dana projek sama.

Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Ahmad Akram Gharib, berkata seorang lagi bekas pengarah syarikat pembinaan, Datuk Yap Wee Leong, turut akan didakwa berhubung projek sama.

Abu Sahid akan dituduh dengan tujuh pertuduhan salah guna harta di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 109 Kanun sama, membabitkan jumlah keseluruhan RM145 juta.

Wee Leong pula akan berdepan 18 pertuduhan iaitu sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 membabitkan RM209 juta dan sembilan pertuduhan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 membabitkan RM387 juta.

Abu Sahid sebelum ini juga sudah dituduh dengan empat pertuduhan pecah amanah jenayah bernilai RM313 juta serta 13 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM139.2 juta.

Wee Leong turut didakwa menggunakan 17 dokumen tuntutan palsu antara Jun 2017 hingga April 2018 dan tarikh sebutan semula kes bagi kedua-duanya ditetapkan pada 3 November ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN