KOTA KINABALU: Situasi banjir di Sabah menunjukkan perkembangan positif apabila jumlah mangsa yang masih berlindung di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus kekal rendah dengan hanya 90 orang daripada 22 keluarga setakat 12 tengahari ini. Menurut kenyataan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (PKOB), jumlah itu membabitkan 82 mangsa di Dewan Kampung Gawir, Madsiang, Penampang susulan kejadian tanah runtuh pada 18 September lalu, manakala lapan mangsa banjir di Dewan Masyarakat Papar masih…