PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan bersama kerajaan negeri Sabah akan memberi keutamaan untuk mempercepatkan pelaksanaan projek pemulihan dan menaik taraf infrastruktur yang terjejas akibat banjir. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama itu penting untuk dilaksanakan segera, secara menyeluruh dan berkesan demi kesejahteraan rakyat. “Saya turut menegaskan agar kesiapsiagaan pasukan perlu sentiasa dipertingkat, memandangkan cabaran perubahan iklim yang tidak menentu menuntut keupayaan kita untuk bersedia pada setiap masa,” katanya. Terdahulu,…