KUALA NERUS: Projek tanaman cili komuniti diusahakan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Gong Sekolah membuktikan pertanian berasaskan masyarakat mampu memberi kesan positif kepada ekonomi, kebajikan dan kesejahteraan sosial penduduk. Menerusi inisiatif Program Sejahtera Madani, lebih 2,000 pokok cili ditanam dan mula mengeluarkan hasil sejak sebulan lalu dengan kutipan melebihi dua tan metrik. Setakat ini, nilai pendapatan dianggarkan mencecah RM20,000. Pengarah projek, Mohd. Khairul Ikhwan Jusoh berkata, tuaian pertama bermula…