PETALING JAYA: Sembilan lelaki ditahan selepas disyaki terbabit dalam kejadian mengancam pemandu Perodua Myvi berhampiran Plaza Tol Batu 13, Puchong dekat sini kelmarin. Penahanan suspek berusia antara 17 hingga 21 tahun itu dilakukan di sekitar Puchong dan Shah Alam, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad berkata, turut dirampas tiga buah motosikal yang dipercayai digunakan semasa kejadian. “Mereka dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pagi ini…