PETALING JAYA: Polis Selangor terus memperhebatkan operasi pemandu mabuk dan lumba haram di negeri ini bagi memastikan keselamatan jalan raya terjamin. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, beberapa lokasi dikenal pasti melibatkan lokasi lumba haram dan tindakan akan diambil polis dalam membanteras budaya negatif itu. “Selain itu operasi pemandu mabuk, lumba haram, kecuaian pengguna jalan raya perlu dipertingkatkan selain memperkasa program pendidikan pencegahan. “Polis tidak akan berkompromi sebarang perkara…