PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena Hari Malaysia, cuti sekolah

PLUS jangka 2.2 juta kenderaan sehari sempena Hari Malaysia, cuti sekolah

2.2 juta kenderaan sehari pada tarikh puncak 12, 13, 19 dan 20 September ini bersempena cuti persekolahan serta sambutan Hari Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan aliran trafik di lebuh raya kendaliannya meningkat sehingga 2.2 juta kenderaan sehari pada tarikh puncak 12, 13, 19 dan 20 September ini bersempena cuti persekolahan serta sambutan Hari Malaysia.

PLUS turut menasihatkan pengguna Lebuhraya PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) supaya merancang perjalanan lebih awal dengan merujuk jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA menerusi aplikasi PLUS.

“Dengan penambahbaikan terbaharu, MyPLUS-TTA kini boleh diakses pada hari-hari puncak tertentu. Aplikasi ini direka untuk membantu pengguna merancang perjalanan di Lebuhraya PLUS dan LPT2 secara lebih efisien.

“Ia bagi memastikan aliran trafik lebih lancar serta memberikan pengalaman perjalanan yang lebih selesa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PLUS turut mengingatkan pengguna agar memuat turun atau mengemas kini aplikasi PLUS bagi memudahkan perancangan perjalanan selain memastikan baki kad Touch ‘n Go atau e-dompet mencukupi sebelum memulakan perjalanan.

“Selamat Menyambut Hari Malaysia ke-62 dan selamat bercuti kepada semua rakyat Malaysia,” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×