Pembinaan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) - Utusan Malaysia

Pembinaan Projek Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 April 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan para pengguna kenderaan di Malaysia akan dapat menggunakan lebuh raya dari utara ke selatan yang menelan kos sebanyak RM2.5 billion dan dijangka siap pembinaannya pada tahun 1985.

Lebuh raya itu yang menghubungkan dari Jitra, Kedah dan Johor Bahru akan memendekkan perjalanan dari utara ke selatan sehingga 150 batu.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 22 April 1980 – Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh akan dijadikan sebuah sekolah menengah matrikulasi untuk Universiti Sains Malaysia bermula sesi 1981/1982.
  • 22 April 1981 – Ketua Satu GAPENA, Datuk Profesor Ismail Hussein memuji penglibatan Syarikat Esso dalam usaha bersama ke arah meningkatkan kesusasteraan tanah air.
  • 22 April 1982 – Pemimpin Libya, Kolonel Muammar Gaddafi terselamat daripada satu cubaan membunuhnya di sebuah pangkalan tentera laut pada 28 Mac lalu.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN