PLUS jangka 2.3 juta kenderaan kembali selepas cuti Raya

PLUS jangka 2.3 juta kenderaan kembali selepas cuti Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan sehingga 2.3 juta kenderaan menggunakan rangkaian lebuh raya kendaliannya setiap hari susulan warga kota kembali selepas cuti panjang Hari Raya Aidilfitri.

Menurut PLUS, pergerakan puncak trafik dijangka berlaku anara 27 hingga 29 Mac ini.

“Lonjakan trafik dijangka berlaku susulan cuti panjang perayaan, justeru orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

“Pengguna lebuh raya disaran memanfaatkan jadual perjalanan digital MyPLUS-TTA yang boleh diakses menerusi aplikasi PLUS bagi membantu merancang waktu perjalanan lebih lancar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PLUS turut mengaktifkan laluan Smart Lane di 34 lokasi terpilih di sepanjang lebuh raya serta menugaskan anggota PLUSRonda selama 24 jam sehari.

Katanya, kemudahan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) serta hentian sebelah turut dipertingkat bagi menampung jumlah pengguna yang tinggi sepanjang musim perayaan.

“Semua langkah ini bertujuan meningkatkan bantuan kepada pengguna di samping memastikan kelancaran trafik sepanjang tempoh puncak berkenaan.

“Pengguna juga diingatkan supaya memastikan baki kad Touch ‘n Go dan eWallet mencukupi serta mendapatkan maklumat trafik semasa melalui aplikasi rasmi, media sosial dan paparan mesej elektronik di lebuh raya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN